Rahsia Awet Muda Untuk Muslimah ♥
Assalamualaikum w.b.t . Apa khabar semua ? Hehe . Harini , 29.06.2012 @ 08:53 PM , eyfa telah meng-update blog buat kesekian kalinya . HAHA :D actually , tujuan eyfa update blog ni just nak share dengan para wanita wanita diluar sana tentang beberapa petua . Hee . For sure lah semua perempuan nak awet muda . So , eyfa ada share dengan korang kat bawah ni haa . Then share share lah yaa . Baca tauuu ~
Petua Muslimah Untuk Awet Muda
1. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. 3 kali .
2. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu . Pusingkan jari anda ke pipi , pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi .
3. Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi . Perlu diingat , jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan .
4. Sejurus bangun pagi baca doa , amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi . Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati . Kemudian , baru diteguk .
5. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar , kemudian barulah menggosok gigi .
6. Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama , mulakan dari kepala .
7. Setelah solat subuh , bacalah surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam . Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda .
8. Setelah itu, lakukan senaman ringan . Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput . Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun .
9. Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin , Khamis dan Jumaat . Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan , seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan . Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat .
10. Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS . Amalkan setiap pagi.
11. Ketika makan , janganlah disulam dengan minum air . Minumlah setelah setengah jam selepas makan .
12. Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah .
13. Amalkan solat tahajud .
14. Sentiasa tenang dan bersikap positif .
Dah habis baca ? Ahaa , tu laa dia antara petua petua yang boleh kita ikut . Hee . InsyaAllah , eyfa pun nak cuba amalkan :) untuk kebaikan kita bersama kann ? Selamat Mencuba ! Istiqamah kay kawan kawan . Niat biar ikhlas . Tu jelaa untuk kali ni . Next time eyfa update lagi kay ;) *first time update camni* HAHA . Kbyeeee :* ♥
Labels: Nurul Syifa
Older Post